3 cedera dalam nahas jalan raya di Yishun
Seramai tiga orang mengalami kecederaan selepas dua kereta berlanggar di sepanjang Yishun Avenue 1 pagi tadi (14 Nov) menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan merempuh sebuah pembahagi jalan.
SINGAPURA: Seramai tiga orang mengalami kecederaan selepas dua kereta berlanggar di sepanjang Yishun Avenue 1 pagi tadi (14 Nov) menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan merempuh sebuah pembahagi jalan.
Polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai satu kemalangan melibatkan dua kereta sepanjang Yishun Avenue 1 menghala ke Seletar West Link pada 7.15 pagi.
Mediacorp difahamkan bahawa kedua-dua kereta itu berlanggar dan salah satu daripadanya kemudian tergelincir dan merempuh pembahagi jalan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa tiga orang dibawa ke Hospital Khoo Teck Phuat dalam keadaan sedar.
Polis menyatakan bahawa dua wanita dan seorang lelaki mengalami kecederaan.
Mediacorp juga dimaklumkan bahawa kedua-dua wanita berkenaan sudah keluar dari hospital tetapi lelaki itu masih dirawat. Kecederaan yang mereka alami dikatakan tidak mengancam nyawa.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.