Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

276 syarikat dikenakan tindakan penguatkuasaan berkaitan keselamatan mesin

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini terjadi 30 kes kemalangan mesin yang menyebabkan kecederaan serius.

Anggaran Waktu Membaca:
276 syarikat dikenakan tindakan penguatkuasaan berkaitan keselamatan mesin
Diterbitkan : 21 Jun 2018 10:30PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 10:35PM

SINGAPURA: 850 tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap syarikat-syarikat sepanjang operasi dua bulan berhubung keselamatan mesin dan risiko kemalangan yang boleh menyebabkan anggota tubuh terpaksa dikodongkan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini terjadi 30 kes kemalangan mesin yang menyebabkan kecederaan serius.

Pada April hingga Mei lalu, MOM berkuasa melakukan 380 pemeriksaan ke atas 350 syarikat dalam sektor-sektor pengilangan, binaan dan marin.

Berikutan pemeriksaan itu 276 syarikat dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Ini termasuk enam Arahan Berhenti Kerja dan 78 denda komposisi berjumlah $91,000.

Kesalahan-kesalahan utama yang dikesan adalah kurang pengawalan mesin, tidak melaksanakan prosedur sekat masuk dan penilaian risiko yang tidak mencukupi.

Syarikat-syarikat yang tidak mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan pekerja boleh didenda sehingga $500,000 bagi kesalahan pertama.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan