Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

22 suspek ditahan bantu siasatan penipuan e-dagang & jenayah komersil

Polis menahan 22 suspek untuk membantu siasatan berhubung penipuan e-dagang dan kesalahan berkaitan jenayah komersil. 

Anggaran Waktu Membaca:
22 suspek ditahan bantu siasatan penipuan e-dagang & jenayah komersil
Diterbitkan : 15 Dec 2018 08:11PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 08:17PM

SINGAPURA: Polis menahan 22 suspek untuk membantu siasatan berhubung penipuan e-dagang dan kesalahan berkaitan jenayah komersil.

Dalam satu kenyataan hari ini (15 Dis), polis berkata para suspek berusia antara 17 dengan 68 tahun dan dipercayai terlibat dalam 45 kes di mana mangsa kerugian lebih $214,000.

Seramai 15 suspek dipercayai membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk memudahkan penipuan online, dengan mengiklankan penjualan tiket tempat-tempat menarik dan produk-produk elektronik di wadah online seperti Carousell.

Mereka yang didapati bersalah menipu boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda. Kesalahan bagi melaburkan wang haram membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum sebanyak S$500,000.

Tujuh suspek yang lain sedang disiasat bagi kesalahan pemalusan bagi niat untuk menipu.

Mereka yang didapati bersalah menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Mereka ditangkap dalam operasi empat hari. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan