Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 warga S'pura yang hilang di Gunung Pulai ditemui

Dua rakyat Singapura yang dilaporkan hilang di Gunung Pulai di Johor sejak Isnin lalu (5 Feb) ditemui pagi tadi (8 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Feb 2018 12:22PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 09:55PM

KULAI: Dua rakyat Singapura yang dilaporkan hilang di Gunung Pulai di Johor sejak Isnin lalu (5 Feb) ditemui pagi tadi (8 Feb).

Pihak berkuasa mengerahkan sebuah helikopter untuk mencari dari udara sejak mereka dilaporkan hilang, dan menggunakan anjing-anjing penghidu dan sebuah bot untuk mencari mereka di sekeliling kawasan gunung berkenaan.

Sekitar 50 orang, termasuk pegawai polis, renjer hutan dan para pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta relawan daripada kumpulan pendaki gunung Singapura dan Malaysia turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Kedua-dua rakyat Singapura itu dikenal pasti sebagai Encik Dominick Tan Chang Xiang dan Cik Clarice atau Lum Jie, kedua-duanya berusia 27 tahun. Encik Tan dipercayai seorang pendaki gunung yang berpengalaman yang sudah beberapa kali mendaki Gunung Pulai.

Sekitar 11.20 pagi tadi, polis Johor menyatakan bahawa kedua-dua rakyat Singapura itu dikesan melalui helikopter di Ulu Choh Pontian, berdekatan sebuah tasik. Pasangan tersebut sebelum ini ada mengatakan bahawa mereka membuat panggilan kecemasan daripada kawasan berdekatan sebuah sungai.

Pihak berkuasa menyatakan kedua-dua rakyat Singapura itu, mengalami cedera ringan dan akan dibawa ke Hospital Pontian.

Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd mendedahkan semasa sidang media semalam (7 Feb) bahawa sebelum ini, pihaknya belum tidak pernah mengambil masa begini lama untuk mencari mereka yang dilaporkan hilang di Hutan Simpanan Gunung Pulai.

Sebelum ini, seorang relawan dari Singapura Encik Steven Tan, yang mengetuai operasi pencarian oleh kumpulan pendaki Thousand Adventure, memberitahu Mediacorp beliau berbesar hati melihat ramai rakyat Singapura yang turut terlibat dalam operasi tersebut dan meluangkan masa mencari kedua-dua warga Singapura itu.

"Respons setakat ini amat positif. Kami mempunyai lebih 20 relawan dari Singapura semalam dan hari ini. Kami yakin kami akan dapat menemui mereka tidak lama lagi," kata Encik Tan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan