Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 rakan sedarjah yang hilang sudah ditemui, 'berada dalam keadaan selamat'

Kedua-dua budak lelaki berusia 11 tahun, yang dilaporkan hilang sudahpun ditemui pada sekitar 9.45 malam tadi. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakan sedarjah yang hilang sudah ditemui, 'berada dalam keadaan selamat'

Axel Lim Jun Wei (kiri) dan Javier Teo Ren Jie yang dilaporkan hilang, sudah ditemui. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Kedua-dua budak lelaki berusia 11 tahun, yang dilaporkan hilang sudahpun ditemui pada sekitar 9.45 malam tadi.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam catatannya di laman Twitter.

Polis menyatakan kedua-dua Javier Teo Ren Jie dan Axel Lim Jun Wei, yang dipercayai rakan sedarjah, "berada dalam keadaan selamat".

Dalam catatan tersebut, polis turut mendedahkan mereka "bukanlah mangsa jenayah".

"Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memberikan maklumat berharga kepada kami," tulisnya dalam catatan itu.

Awal dari itu, pihak polis menyatakan Javier kali terakhir dilihat di Blk 273D Compassvale Link sekitar 7.10 pagi pada Khamis, manakala Axel kali terakhir dilihat di sebuah pusat beli-belah di Rivervale Drive sekitar 7.30 malam pada Khamis. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan