Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 rakan sedarjah berusia 11 tahun dilapor hilang di Sengkang

Dua budak lelaki berusia 11 tahun, yang dipercayai rakan sedarjah, dilaporkan hilang sejak petang Khamis (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakan sedarjah berusia 11 tahun dilapor hilang di Sengkang

Axel Lim Jun Wei (kiri) dan Javier Teo Ren Jie yang dilaporkan hilang, sudah ditemui. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 07:44PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 07:52PM

SINGAPURA: Dua budak lelaki berusia 11 tahun, yang dipercayai rakan sedarjah, dilaporkan hilang sejak petang Khamis (18 Jan).

Polis merayu orang ramai tampil memberikan maklumat tentang di mana Javier Teo Ren Jie dan Axel Lim Jun Wei berada.

Polis menyatakan Javier kali terakhir dilihat di Blk 273D Compassvale Link sekitar 7.10 pagi pada Khamis, manakala Axel kali terakhir dilihat di sebuah pusat beli-belah di Rivervale Drive sekitar 7.30 malam pada Khamis.

Pengguna Facebook Leftone Shady - yang menggelar Javier sebagai "anak lelaki kami" dalam catatannya yang dimuat naik pada petang Khamis - mendedahkan Javier kali terakhir dilihat di kondominium Park Green dengan rakan sedarjahnya, Axel.

Beliau turut mengatakan dalam satu kemas kini kedua-dua Javier dan Axel "bermain permainan kad Buddy di Rivervale Plaza dan mungkin kali terakhir dilihat di sana".

Masih tidak jelas hubungannya dengan Javier. Beliau menggelar Javier sebagai "anak lelaki kami" dalam catatannya di laman Facebook, tetapi mengatakan juga beliau bukan ibu kandung budak tersebut.

Catatan berkenaan dikongsikan lebih 6,000 kali setakat tengah hari Jumaat.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, menurut polis.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan