Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 pusat beli-belah dan 5 cawangan hiburan langgar peraturan keselamatan kebakaran

Beberapa kes melanggar peraturan keselamatan kebakaran dibongkar semasa pemeriksaan penguatkuasaan di dua pusat beli-belah dan lima cawangan hiburan awam tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2018 04:57PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:24PM

SINGAPURA: Beberapa kes melanggar peraturan keselamatan kebakaran dibongkar semasa pemeriksaan penguatkuasaan di dua pusat beli-belah dan lima cawangan hiburan awam tempatan.

Operasi itu dijalankan semalam (14 Dis) oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang meningkatkan pemeriksaan semasa musim perayaan ini.

Kesalahan-kesalahan tersebut termasuk menghadang tempat jalan kaki awam, pintu keluar dan lampu bagi penanda pintu keluar yang rosak.

SCDF menyatakan perbuatan seperti itu sebagai menimbulkan risiko keselamatan kerana menghambat usaha menyelamatkan diri semasa kecemasan.

Para pemilik dan pihak pengurusan bangunan serta tempat hiburan juga diingatkan oleh SCDF supaya mematuhi kesemua peraturan keselamatan kebakaran sedang lebih ramai pengunjung dijangkakan semasa musim perayaan hujung tahun ini.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan