2 pesakit S'pura dijangkiti listeria serupa dengan wabak di Australia
Dua pesakit di Singapura dijangkiti sejenis listeria yang serupa dengan penularan di Australia yang dikaitkan dengan tembikai wangi, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (16 Apr).
SINGAPURA: Dua pesakit di Singapura dijangkiti sejenis listeria yang serupa dengan penularan di Australia yang dikaitkan dengan tembikai wangi, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (16 Apr).
MOH mendedahkan bahawa salah seorang pesakit sudah pulih manakala seorang lagi meninggal dunia. Namun, bukan disebabkan jangkitan listeria.
Kedua-dua pesakit dijangkiti sejenis listeria iaitu ST240 "yang urutannya serupa” dengan jenis listeria yang dikesan pada seorang pesakit di Australia, menurut MOH.
MOH menekankan bahawa "Tiada risiko lanjutan terhadap kesihatan awam menyusuli penularan wabak dari Australia itu kerana risiko-risiko sudah dikurangkan selepas konsainan yang terjejas ditarik balik pada Mac 2018."
Mac lalu, pihak berkuasa Australia mengesahkan bahawa empat orang maut selepas memakan tembikai wangi yang dicemari listeria dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menarik balik kesemua tembikai wangi dari Australia sebagai "langkah berjaga-jaga".
Siasatan awal epidemiologi yang dijalankan ke atas para pesakit di Singapura yang dijangkiti listeria tahun ini tidak menunjukkan kaitan antara kes-kes mereka dengan penularan wabak tersebut di Australia.
MOH selanjutnya menyatakan bahawa ia akan terus memantau keadaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.