Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 pegawai polis cedera susuli kemalangan motosikal Pasukan Tindak Balas Pantas

Dua pegawai polis cedera ringan selepas dua motosikal Pasukan Tindak Balas Pantas (RDT) berlanggar pada Sabtu (10 Mac), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
2 pegawai polis cedera susuli kemalangan motosikal Pasukan Tindak Balas Pantas

(Gambar: Petikan skrin dari YouTube/ trafficspore)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 03:10PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 03:18PM

SINGAPURA: Dua pegawai polis cedera ringan selepas dua motosikal Pasukan Tindak Balas Pantas (RDT) berlanggar pada Sabtu (10 Mac), menurut polis.

Nahas berkenaan, yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah teksi, berlaku di Ekspreswe Rentas Pulau menghala ke Changi sekitar 11.00 pagi.

Insiden tersebut dirakam kamera dari dalam sebuah kereta di belakang kedua-dua kenderaan itu. Dua pegawai yang masing-masing dilihat menaiki motosikal dan keempat-empat mereka jatuh ke jalan raya selepas bertembung.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan mereka. Dua pegawai polis mengalami kecederaan ringan dan sudah menerima rawatan pesakit luar. Tiada individu lain yang cedera," dedah polis dalam kenyataannya.

Pasukan Tindak Balas Pantas adalah sebahagian daripada Komand Operasi Khas. Mereka menunggang motosikal kerana harus tiba di tempat kejadian secepat mungkin, sebagai barisan kedua respons keselamatan sekiranya berlaku insiden pengganasan.

Polis trafik sedang menyiasat nahas tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan