Images
  • gaduh mrt
    Petikan gambar dari video yang tular di Facebook menunjukkan dua lelaki bergaduh dalam kereta api. (Gambar: SBS - Sure Boh Singapore/Facebook)

2 lelaki diberkas selepas gaduh dalam MRT

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas selepas mereka bergaduh dalam kereta api berdekatan stesen MRT Raffles Place.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang pergaduhan itu pada 10.48 pagi semalam (7 Nov) di 5 Raffles Place. Kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 16 dan 25 tahun.

Satu video yang merakam insiden tersebut dikongsi di laman Facebook. Ia menunjukkan dua lelaki bertumbuk dan menendang satu sama lain sedang penumpang lain beralih tempat duduk.


Semasa pergaduhan itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kelihatan mencabar 'lawannya' sementara seorang wanita kedengaran cuba menggesa kedua-duanya supaya jangan bergaduh.

Video itu juga menunjukkan salah seorang daripada mereka meludah sedang kedua-duanya saling melemparkan kata-kata kesat dalam bahasa Melayu.

Polis masih menjalankan siasatan. 

- CNA/AQ/aq

Top