Images
  • handcuff
    Gambar hiasan.

2 lelaki diberkas rompak pemandu teksi di Taman Bishan-Ang Mo Kio

SINGAPURA: Dua lelaki yang dipercayai merompak seorang pemandu teksi diberkas, menurut Pasukan Polis Singapura dalam kenyataan medianya semalam (16 Mei).

Insiden berlaku pada Jumaat lalu (11 Mei) ketika mangsa, seorang pemandu teksi berusia 73 tahun, menjemput dua penumpang lelaki di Tanglin Halt Road pada sekitar 9.20 malam.

Setibanya mereka di tempat yang ditujui - satu tempat letak kereta terbuka di Taman Bishan-Ang Mo Kio - dua lelaki itu menyerang mangsa.

Mereka merompak wang tunai bernilai sekitar S$50, menurut polis, yang menerima aduan pada sekitar 10.00 malam.

Seorang lelaki berusia 21 tahun diberkas kelmarin (15 Mei) di Holland Drive sementara seorang lagi yang bersubahat dengannya diberkas pada keesokan hari di Ang Mo Kio Avenue 2.

Dua lelaki berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini (17 Mei) kerana bersubahat untuk merompak.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang akan dikenakan hukuman penjara antara tiga hingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan. 

- CNA/AQ/aq

Top