Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 firma S'pura bekalkan barangan mewah secara haram kepada Korea Utara

Dua syarikat yang berpangkalan di Singapura melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dengan membekalkan barangan mewah kepada Korea Utara, menurut rencana BBC yang diterbitkan pada awal pagi ini (13 Mac), yang turut menukil satu draf laporan PBB yang dibocorkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2018 01:06PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 11:01PM

SINGAPURA: Dua syarikat yang berpangkalan di Singapura melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dengan membekalkan barangan mewah kepada Korea Utara, menurut rencana BBC yang diterbitkan pada awal pagi ini (13 Mac), yang turut menukil satu draf laporan PBB yang dibocorkan.

Dua syarikat yang sedang disiasat - OCN dan T Specialist - adalah anak syarikat yang mengongsi pengarah yang sama, menurut BBC.

Draf yang dibocorkan itu mendakwa kedua-dua syarikat tersebut membekalkan pelbagai barangan mewah kepada Korea Utara, seperti wain dan arak, dengan yang dipercayai pada Julai 2017, menurut BBC.

Laporan PBB itu menambah bahawa "urus niaga bernilai lebih AS$2 juta (S$2.62 juta)" antara 2011 dengan 2014 itu disalurkan dari akaun bank yang dibuka kedua-dua syarikat itu di sebuah bank Korea Utara, Daedong Credit Bank, ke akaun-akaun bank T Specialist di Singapura. Urus niaga tersebut dipercayai hasil penjualan barangan di Korea Utara, menurut BBC.

Laporan muktamad PBB, yang diserahkan kepada Majlis Keselamatan PBB, dijangka akan diterbitkan pada lewat minggu ini, tambah BBC.

Berdasarkan sekatan PBB, ia mengharamkan pembekalan secara langsung ataupun sebaliknya kepada Korea Utara.

Laman NK News pertama kali melaporkan pada Julai 2017 bahawa syarikat OCN yang berpangkalan di Singapura membekalkan barangan mewah untuk dijual di Korea Utara, yang boleh dianggap sebagai mencabuli sekatan antarabangsa.

Menukil beberapa sumber yang identitinya tidak mahu didedahkan, laporan tersebut turut mendakwa OCN membentuk usaha sama untuk mengendalikan kedai-kedai serbaneka yang menjual barangan mewah di Pyongyang. Kedai-kedai ini menjual produk-produk mewah, termasuk produk kecantikan, beg tangan, jam, arak dari jenama-jenama terkenal. 

Pengarah OCN (Singapore) Ng Kheng Wah mendedahkan kepada Mediacorp dalam satu temu bual melalui telefon pada Julai 2017 bahawa dakwaan terhadapnya adalah 'tidak berasas' dan 'palsu'.

Beliau berkata syarikatnya mengundurkan diri daripada Korea Utara lima tahun lalu dan tidak lagi terlibat dalam urus niaga barangan mewah.

Encik Ng menambah bahawa OCN tidak bagi terlibat dengan perniagaan perdagangan dan sebaliknya bertindak sebagai syarikat pemegangan bagi tiga syarikat perusahaan. Selain mengutip sewa, perniagaan utamanya adalah syarikat khidmat perkahwinan Lagun Sari, yang dikendalikan oleh anak kembar Encik Ng.

Rekod ACRA menunjukkan bahawa Encik Ng juga adalah pemegang saham bagi satu lagi syarikat yang berpangkalan di Singapura, iaitu T Specialist International, yang mengambil alih sebahagian besar perniagaan perdagangan OCN.

Menurut Encik Ng, T Specialist sebelum ini memberikan tumpuan kepada perniagaan borong bagi jubin-jubin tetapi selepas terjejas dengan Krisis Kewangan Asia pada 1997, syarikat tersebut menceburi bidang-bidang lain. Setakat sehingga Julai 2017, T Specialist adalah pengedar minuman tin Pokka di China. Ia juga mengendalikan produk pengguna lain seperti mi segera.

Mediacorp sudah menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai draf laporan PBB yang dibocorkan itu.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan