Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 filem pendek MINDS tampilkan 20 penerima bantuan

Buat julung-julung kalinya, dua filem pendek tempatan diterbitkan khas bagi pesta filem tahun ini yang dianjurkan oleh Gerakan bagi Orang Kurang Daya Intelektual Singapura (MINDS).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2018 12:49AM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 12:56AM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, dua filem pendek tempatan diterbitkan khas bagi pesta filem tahun ini yang dianjurkan oleh Gerakan bagi Orang Kurang Daya Intelektual Singapura (MINDS).

Dua filem tersebut ditayangkan kepada orang awam pada Sabtu (15 Sep) di pelancaran pesta itu. 

Filem-filem itu menampilkan 20 penerima bantuan MINDS sebagai antara pelakonnya dalam kisah-kisah yang dekat dengan hati rakyat.

Salah satunya yang berjudul bertajuk 'Rehearsal' (Latihan) yang meraikan dedikasi serta kemahiran sebuah kumpulan yang membuat persembahan secara tetap di MINDS.

Filem 'Layang-Layang Terbang Melayang' pula menyentuh tentang cabaran yang dihadapi para penjaga golongan berkeperluan khas.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata: "Kedua-dua filem pendek ini menunjukkan bagaimana di Singapura, tanpa kira latar belakang ataupun usia, kita semua ada tempat dan peluang untuk menjalankan kehidupan kami dan mencapai apa-apa yang kami impikan."

Pesta filem itu akan berlangsung sehingga 7 Oktober depan. 

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan