Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 anggota SAF dikerah semasa Sidang Trump-Kim

Kira-kira 2,000 anggota SAF dikerah semasa sidang puncak Trump-Kim pada Selasa (12 Jun). Pihak SAF hanya mendapat perincian berkaitan sidang puncak itu kira-kira seminggu sebelum sidang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2018 08:27PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 12:16AM

SINGAPURA: Kira-kira 2,000 anggota SAF dikerah semasa sidang puncak Trump-Kim pada Selasa (12 Jun).
Berbanding para anggota polis, kehadiran para anggota SAF tidak begitu ketara di khalayak ramai. Namun, mereka juga siap untuk bertindak pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.

JAYAKAN OPERASI DALAM MASA SINGKAT

Pihak SAF hanya mendapat perincian berkaitan sidang puncak itu serta tempat-tempat yang terjejas kira-kira seminggu sebelum sidang berlangsung pada 12 Mei.

"Pada minggu itu, kami mengadakan rundingan amat baik dengan para wakil dari
Republik Demokratik Rakyat Korea
(DPRK) dan Amerika Syarikat. Adalah penting untuk memahami pertimbangan mereka dan pandangan mereka tentang operasi yang dilakukan," kongsi Ketua Turus Pertahanan, Mejar Jeneral Melvyn Ong.

Beliau turut menjelaskan, "Namun apabila mereka memahami bagaimana kami menyokong operasi itu - bukan sahaja dari pihak SAF tetapi juga dari SPF (pasukan polis) serta MFA (Kementerian Luar) - saya berpendapat mereka berasa amat yakin kami boleh menangani operasi keselamatannya dengan baik."

KERJASAMA SILANG PASUKAN

Tugas besar melibatkan 2,000 askar dari pelbagai unit bekerja seiringan dengan pasukan Home Team.

SAF menyatakan tugas mereka menjadi lebih mencabar kerana tempat tinggal dan tempat sidang puncak itu sudah didedahkan kepada umum.

Ini bermakna pemeriksaan lebih ketat di sekitar Sentosa serta meningkatkan kawalan keselamatan di ruang udara dan perairan.

Anjing-anjing juga digunakan bagi mengesan bahan-bahan letupan, kimia, radiasi dan kuman.

Selain itu banyak aset lain diletakkan dalam keadaan siap untuk dikerah.

Kenderaan tanpa pemandu(UAV) pula digunakan bagi memantau keadaan di laut dan darat.

Sokongan seperti itu membolehkan tentera laut menjalankan rondaannya dengan berkesan.

Apabila pemimpin Korea Utara membuat keputusan mendadak untuk berjalan-jalan melihat pemandangan Singapura pula, SAF perlu bertindak lagi dengan pantas.

Sidang puncak Trump-Kim dianggap sebagai operasi keselamatan paling penting di Singapura.

Maka tidak hairanlah semua pihak gembira apabila ia berlangsung dengan jayanya. 

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan