Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18 PMD, 2 e-basikal dirampas dalam operasi merata S'pura

 Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merampas sejumlah 18 alat mobiliti peribadi (PMD) dan dua basikal yang dilengkapi dengan kuasa bateri (PAB) daripada para peruncit dalam satu "operasi penguatkuasaan" yang dijalankan di merata negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2018 01:56PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 10:41PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merampas sejumlah 18 alat mobiliti peribadi (PMD) dan dua basikal yang dilengkapi dengan kuasa bateri (PAB) daripada para peruncit dalam satu "operasi penguatkuasaan" yang dijalankan di merata negara.

Operasi itu dijalankan dari 17 Julai hingga 2 Ogos ke atas 18 peruncit PMD dan PAB, menurut LTA dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa (14 Ogos).

LTA menambah bahawa lima daripada 18 peruncit itu didapati sama ada mempamerkan atau mengiklankan alat-alat mobiliti peribadi yang tidak mematuhi undang-undang.

PMD yang tidak mematuhi undang-undang adalah alat-alat yang melebihi 20 kilogram, yang lebarnya melebihi 70 sentimeter dan dipandu dengan kelajuan yang melebihi 25 kilometer/sejam.

PAB yang tidak mematuhi undang-undang, yang juga dikenali sebagai e-basikal, adalah alat-alat yang tidak memenuhi syarat-syarat teknikal PAB seperti mempunyai rating penghasilan tenaga yang melebihi 250W.

Lima peruncit juga didapati tidak mempamerkan notis amaran yang dikeluarkan oleh LTA, menurut penguasa itu.

"Para peruncit PMD dan PAB dikehendaki memaparkan notis amaran di pekarangan kedai masing-masing yang menyatakan, antara lain, kriteria teknikal bagi alat-alat yang berbeza dan kawasan-kawasan di mana alat-alat sedemikian boleh digunakan.

Mereka yang didapati tidak mempamerkan notis-notis tersebut boleh didenda sehingga $1,000 dan/atau dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga bulan.

"Operasi penguatkuasaan terhadap para peruncit ini akan membantu menangani isu alat-alat yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan," menurut LTA sambil menambah bahawa pihaknya akan terus mengenakan langkah-langkah penguatkuasaan terhadap para peruncit tersebut.

"Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan memastikan agar mereka hanya membeli alat mobiliti peribadi yang mematuhi syarat-syarat, jika mereka ingin menggunakan alat-alat tersebut di laluan awam atau jalan raya.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan