Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 lelaki diberkas berhubung kes curi minyak dari Shell Bukom

Polis memberkas 17 lelaki, berusia antara 30 hingga 63 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes curi minyak dari Shell Bukom. 

Anggaran Waktu Membaca:
17 lelaki diberkas berhubung kes curi minyak dari Shell Bukom

Gambar fail Shell di Pulau Bukom. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Polis memberkas 17 lelaki, berusia antara 30 hingga 63 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes curi minyak dari Shell Bukom.

Demikian menurut kenyataan pihak polis hari ini (8 Jan).

Menyusuli aduan yang dilakukan oleh Shell Singapore pada Ogos tahun lalu, polis melakukan siasatan yang menyeluruh.

Dalam sebuah serbuan pada 7 Januari, para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Perisikan Polis dan Polis Pengawal Pantai melakukan serbuan serentak di seluruh negara.

Semasa serbuan dijalankan, wang tunai bernilai S$3.05 juta dan kapal tangki seberat 12,000 tan dirampas sebagai bahan bukti. Pihak polis turut membeku akaun bank suspek-suspek untuk mencegah bukti yang lesap daripada hasil jenayah tersebut.

Siasatan ke atas suspek-suspek masih dijalankan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan