Images
  • rumah urut SPF
    (Gambar: SPF)

17 diberkas dalam serbuan rumah urut, pusat hiburan

SINGAPURA: 17 orang diberkas dalam serbuan polis ke atas beberapa rumah urut dan pusat hiburan tidak berlesen semalam (17 Mei).

Dalam kenyataan medianya hari ini (18 Mei), polis menyatakan ia menyerbu rumah-rumah urut tidak berlesen di Mosque Street, Trengganu Street dan Sago Street serta pusat-pusat hiburan di Magazine Road, Sam Leong Road, Upp Circular Road dan Boat Quay.

Dua wanita berusia 21 dan 27 tahun diberkas kerana dipercayai menawarkan khidmat seks di rumah urut. Pengendali sebuah rumah urut juga didapati menggajikan seorang wanita asing yang tidak mempunyai permit kerja. Kedua-dua pengendali dan wanita berkenaan diberkas, menurut polis.

Tiga pusat hiburan juga didapati melanggar syarat-syarat pelesenan, dan 13 wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun diberkas kerana bekerja di pusat-pusat sedemikian tanpa permit kerja yang sah.

Menurut polis, "tindakan tegas" akan diambil terhadap pengendali-pengendali itu kerana melanggar peraturan yang ditetapkan bagi pusat hiburan dan rumah urut.

"Polis memandang serius terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Pesalah akan dihukum mengikut undang-undang," menurut kenyataan itu. 

- CNA/AQ/aq

Top