Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

162 diberkas dalam operasi banteras sindiket pelacuran online

Lima lelaki dan 157 wanita diberkas dalam operasi yang disasarkan kepada sindiket maksiat melalui wadah-wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
162 diberkas dalam operasi banteras sindiket pelacuran online

162 lelaki dan wanita diberkas dalam operasi antimaksiat yang dijalankan selama 23 hari. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 05:06PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 05:09PM

SINGAPURA: Lima lelaki dan 157 wanita diberkas dalam operasi yang disasarkan kepada sindiket maksiat melalui wadah-wadah online.

Para suspek, yang berusia antara 19 hingga 48 tahun, diberkas di beberapa tempat termasuk kondominum, hotel dan rumah-rumah di Geylang, Jalan Sultan, Cavenagh Road dan Balestier Road.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) yang menambah bahawa operasi dijalankan selama 23 hari dan serbuan terakhir dilancarkan pada Selasa (7 Ogos). Polis masih menjalankan siasatan.

Barang-barang termasuk komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas sebagai bukti.

Pihak berkuasa akan mengenakan denda atau merampas flat-flat milik pesalah yang menyalahgunakan kediaman mereka.

Para pemilik flat yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan flat juga tidak dibenarkan menyewa flat HDB selama lima tahun.

Para pemilik flat yang menyewakan premis masing-masing kepada pihak yang menjalankan kegiatan-kegiatan haram juga akan didenda sehingga S$3,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun. Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga lima tahun.

Individu yang bersubahat dalam kegiatan pelacuran boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$10,000. Pesalah lelaki juga boleh disebat jika mengulangi kesalahannya selain dipenjara.

"Flat-flat HDB seharusnya dihuni dan dijadikan rumah, penggunaan flat bagi kegiatan maksiat dilarang sama sekali," menurut polis.

"HDB mengambil pandangan serius tentang penyalahgunaan flat-flat HDB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemilik rumah flat yang didapati terlibat dalam kes sedemikian."

Polis menambah, para pemilik flat memainkan "peranan yang penting dalam pencegahan kegiatan maksiat di kawasan kejiranan", dan mengingatkan mereka supaya memastikan penyewa mereka tidak terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

Polis selanjutnya menyatakan bahawa ia akan menimbangkan maklumat-maklumat daripada orang ramai berkaitan kegiatan-kegiatan maksiat. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan