Images
  • contraband ciggs
    Para pegawai Kastam Singapura menyiasat kes melibatkan rokok yang tidak dibayar cukai di Tampines. (Gambar: Kastam Singapura)

152 pesalah ditangkap miliki rokok tidak dibayar cukai

SINGAPURA: Seramai 152 pesalah diberkas kerana memiliki rokok yang tidak dibayar cukai dalam satu operasi tiga hari yang dijalankan oleh Kastam Singapura, menurut agensi itu hari ini (14 Sep).

Para pesalah itu dikenakan denda antara S$500 hingga S$1,200 dengan sekitar 170 paket rokok yang tidak dibayar cukai dirampas.

Operasi berkenaan dijalankan pada 10, 11 dan 13 September di beberapa kawasan komersil, estet perindustrian, estet-estet perumahan dan asrama pekerja asing.

Menurut catatan di laman Facebook Kastam Singapura, operasi itu disokong oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan pengendali asrama pekerja asing.

"Kami komited untuk bekerjasama dengan Kastam Singapura dan menghargai sokongan padu serta kerjasama pihak itu dalam mengambil pendirian yang teguh terhadap pemilikan barangan terlarang, yang tidak dibenarkan di dalam asrama kami dan di Singapura," kata Encik Syvester Henry, pengurus operasi S11 Granuity Management.

Pesalah kali pertama yang didapati memiliki sehingga satu paket rokok yang tidak dibayar cukai dikenakan denda S$500.

Jumlah denda lebih tinggi dikenakan jika pesalah itu didapati memiliki lebih daripada satu paket rokok tidak dibayar cukai dan/atau adalah pesalah berulang. 

- CNA/AI/ai

Top