Images
  • northland ss
    Sekolah Menengah Northland. (Gambar: Google Street View)

14 pelajar Sekolah Menengah Northland dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan

SINGAPURA: Sebanyak 14 pelajar Sekolah Menengah Northland di Yishun dikejarkan ke hospital semalam (11 Jan) selepas mereka mengadu sakit perut dan muntah-muntah.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 10.20 pagi. Pelajar-pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

Menjawab pertanyaan Mediacorp hari ini (12 Jan), pengetua sekolah Cik Tan Siew Woon berkata kebanyakan pelajar berkenaan didapati mengalami jangkitan perut.

Lapan pelajar dibenarkan keluar hospital pada malam semalam sementara yang lain dimasukkan ke dalam wad untuk dipantau.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, sekolah sudah menutup kantin untuk menjalankan pemeriksaan dan kerja-kerja pembersihan hari ini," kata Cik Tan. Beliau menambah, kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman juga dilakukan di bilik-bilik darjah dan tandas yang terjejas.

"Semua pelajar sedang beransur pulih dan tiada kes baru yang dilaporkan di sekolah," kata Cik Tan.  

- CNA/AQ/aq

Top