Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

13 dicekup kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di Kaki Bukit

Seramai 10 lelaki dan tiga wanita ditangkap di kawasan hutan di Kaki Bukit pada Rabu (19 Apr) menyusuli operasi tiga jam, menurut polis dalam kenyataan media pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
13 dicekup kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di Kaki Bukit

Tiga daripada 13 warga asing yang ditangkap adalah wanita. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 11:28PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 11:31PM

SINGAPURA: Seramai 10 lelaki dan tiga wanita ditangkap di kawasan hutan di Kaki Bukit pada Rabu (19 Apr) menyusuli operasi tiga jam, menurut polis dalam kenyataan media pada Khamis.

Suspek-suspek berkenaan dipercayai bersembunyi dalam hutan bagi menjalankan kegiatan pelacuran, menurut polis.

Kesemua 13 suspek itu adalah warga asing, dan diberkas atas kesalahan menceroboh tanah hak milik negara dengan sengaja, kesalahan di bawah Piagam Wanita, disyaki menyalahgunakan dadah terlarang, atau bagi kesalahan di bawah Akta Imigresen, dedah polis.

Jika didapati bersalah kerana menceroboh, suspek-suspek itu boleh didenda sehingga S$1,000.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan