Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

11 lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri minyak dari Shell

Seramai 11 lelaki didakwa di mahkamah hari ini (9 Jan) kerana mencuri minyak dari loji Shell di Pulau Bukom.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2018 02:54PM Dikemas Kini : 09 Jan 2018 11:58PM

SINGAPURA: Seramai 11 lelaki didakwa di mahkamah hari ini (9 Jan) kerana mencuri minyak dari loji Shell di Pulau Bukom.

Lelaki-lelaki berkenaan adalah antara 17 individu yang ditangkap, selepas polis melancarkan operasi serbuan di seluruh negara pada Ahad, menyusuli aduan polis yang dibuat oleh Shell Singapore pada bulan Ogos tahun lalu.

11 lelaki yang didakwa pada Isnin adalah seperti berikut:

Muzaffar Ali Khan Muhamad Akram
Juandi Pungot
Cai Zhizhong
Tiah Kok Hwee
Koh Choon Wei
Muhammad Ali Muhammad Nor
Mohd Ibrahim K Abdul Majid
Abdul Latif Ibrahim
Richard Goh Chee Keong
Nguyen Duc Quang
Dang Van Hanh

Kedua-dua Nguyen dan Dang dituduh menerima harta benda yang dicuri secara tidak jujur. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda.

Individu lain menghadapi tuduhan pencabulan amanah jenayah oleh seorang kerani atau pegawai, di mana setiap kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan didenda.

Timbalan Pendakwa Raya Stephanie Chew berkata memandangkan siasatan masih diteruskan, tuduhan tambahan mungkin akan dihadapkan terhadap mereka.

Daripada 11 yang terlibat, hanya Koh, Goh dan Cai diwakili peguam. Individu lain memberitahu mahkamah mereka berniat untuk mendapatkan khidmat peguam.

Tiada tanda-tanda rayuan yang didengar di mahkamah pada Selasa.

Nguyen dan Dang akan dihadapkan semula di mahkamah pada 16 Januari, manakala yang lain pula pada 15 Januari.

Semasa operasi di seluruh negara pada Ahad, polis merampas wang tunai sekitar S$3.05 juta, serta kapal tangki seberat sekitar 12,000 tan.

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan