Images
  • saspo

10 lagi perniagaan F&B S'pura sertai Pakatan Asia Tenggara bagi Minyak Sawit Yang Mampan

SINGAPURA: Sebanyak 10 lagi perniagaan makanan dan minuman(F&B) Singapura menyertai Pakatan Asia Tenggara bagi Minyak Sawit Yang Mampan (SASPO) menjadikan jumlah anggota pakatan itu meningkat tiga kali ganda sejak pelancarannya dalam tahun 2016.

Syarikat-syarikat yang menyertai pakatan itu menyokong perubahan kepada penggunaan sumber minyak sawit asli dalam sajian dan hidangan, atau penghasilkan produk-produknya.

Syarikat syarikat itu termasuk syarikat induk PastaMania, dan Udders Ice Cream -
yang membentuk lebih 80 jenama dan 200 rangkaian runcit F&B di merata Singapura.

Kos menggunakan minyak sawit yang mampan akan minimum dan tidak akan dipindahkan kepada para pengguna.

SASPO menjadi sektor privet yang pertama yang menerajui inisiatif itu di rantau Asia Tenggara bagi memanfaatkan sumber minyak sawit yang mampan dalam usaha menangani isu jerebu, yang menyelubungi rantau ini, beberapa tahun lalu. 

- CNA/NU/im

Top