Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10,000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Istana anjuran Presiden Halimah Yacob

"Saya rasa kami sangat gementar membuat persembahan depan Presiden dan semua penonton," kata salah seorang penarinya.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, Rumah Terbuka Istana sempena Hari Raya menyaksikan Puan Halimah Yacob sebagai tuan rumah.

Ini kali pertama setelah lebih 40 tahun, seorang Presiden Melayu menyambut kunjungan orang ramai di Istana pada Aidilfitri.

Sambutannya sungguh menggalakkan dengan 10,000 orang hadir menyemarakkan rumah terbuka itu.

Meskipun cuaca hujan siang tadi (15 Jun), ramai orang datang ke pekarangan Istana - sama ada rakyat tempatan mahupun para pelancong - untuk menyertai Rumah Terbuka Presiden Halimah itu.

PENGUNJUNG DATANG AWAL

Dari seawal jam 8.30 pagi, Istana sudah mula menerima tetamu yang terdiri dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama.

Ini termasuklah anggota masyarakat Melayu sendiri, seperti Encik Mohd Razif Abdul Hamed yang menyifatkan ini sebagai Rumah Terbuka Istana yang "tidak seperti tahun-tahun yang lain".

"Pertama sekali beliau Presiden Melayu dan Presiden wanita, jadi lebih istimewa. Satu lagi yang istimewa, Sidang Puncak Trump-Kim baru berakhir, jadi saya bawa anak-anak ke sini," kongsi seorang pengunjung bernama Alvin Tang."
Puan Halimah Yacob berserta suami, Encik Abdullah Alhabshee tiba di pekarangan Istana tepat jam 4.00 petang.

Beliau meluangkan kira-kira dua jam untuk beramah-mesra dengan para hadirin dan menyaksikan beberapa persembahan istimewa. Antaranya termasuklah persembahan tarian dari Sekolah Menengah Woodlands.

"Saya rasa kami sangat gementar membuat persembahan depan Presiden dan semua penonton," kata salah seorang penarinya.

Selain ribuan pengunjung yang hadir, Puan Halimah juga menyambut kedatangan tetamu undangan istimewa dari tiga badan kebajikan.

ANAK-ANAK RUMAH KEBAJIKAN MUHAMMADIYAH ANTARA 'UNDANGAN KHAS'

Rumah Kebajikan Muhammadiyah merupakan yang pertama dikunjungi Puan Halimah setelah menjawat jawatan sebagai Presiden Singapura dan hari ini, penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah merupakan antara 50 kanak-kanak dan belia berusia antara 7 hingga 18 tahun berserta keluarga yang dijemput Presiden Halimah untuk meraikan Hari Raya bersama-samanya di Istana.

Menurut Presiden Halimah, ini merupakan penerusan program yang beliau jalankan pada permulaan tahun ini, di mana beliau berjanji untuk menjadikan Istana lebih terbuka dan mudah diakses. Ini termasuk menggalakkan segolongan masyarakat tertentu, khususnya golongan yang kurang bernasib baik, untuk datang ke Istana.

"Tujuan ini adalah supaya mereka dapat sama-sama melihat kemudahan yang ada di Istana, merasakan keindahan dan sebagainya agara mereka tidak rasa terpencil, sama seperti masyarakat lain.

Kanak-kanak undangan khas Presiden Halimah itu turut diberikan duit Raya, selain dihiburkan oleh pertunjukan silap mata dan jamuan teh oleh Puan Halimah dan suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee.

Kegiatan-kegiatan lain yang dianjurkan termasuklah persembahan muzik dan lawatan berpandu ke tapak-tapak di Istana, serta pertunjukan burung oleh Wildlife Reserves Singapore (WRS).

Semua hasil jualan tiket masuk ke Istana hari ini disalurkan kepada dana Cabaran Presiden.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan