Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10,000 akan diajar asas AI secara percuma

Rakyat Singapura daripada pelajar sekolah menengah hingga orang dewasa yang sudah bekerja berpeluang mempelajari asas kecerdasan buatan (AI) secara percuma sebagai sebahagian daripada program dipanggil AI untuk Semua atau 'AI for Everyone' (AI4E). Program AI4E dilancarkan hari ini (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Aug 2018 12:50PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 09:49PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura daripada pelajar sekolah menengah hingga orang dewasa yang sudah bekerja berpeluang mempelajari asas kecerdasan buatan (AI) secara percuma sebagai sebahagian daripada program dipanggil AI untuk Semua atau 'AI for Everyone' (AI4E). Program AI4E dilancarkan hari ini (30 Ogos).

Program yang menyasarkan 10,000 peserta itu bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan tentang AI di samping membantu mereka memahami tentang bagaimana ia boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran dalam acara sempena meraikan ulang tahun pertama AI Singapore (AISG).

Program tersebut juga diharap mampu menangani kebimbangan bahawa AI akan menggantikan tenaga kerja, menurut kenyataan berasingan yang dikeluarkan AISG, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Bahan-bahan bagi bengkel tiga jam itu akan disediakan oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi Intel dan Microsoft.

Bengkel-bengkel percuma itu akan diadakan mulai akhir bulan ini dan dijalankan selama tiga tahun.

AISG adalah satu program nasional yang dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan AI Singapura serta memacu ekonomi digital negara ini.

TINGKAT KEMAHIRAN PARA KARYAWAN

Program yang lebih berpusatkan industri dipanggil AI bagi Industri atau 'AI for Industry' (AI4I), turut diumumkan hari ini (30 Ogos). Program itu pula disasarkan kepada 2,000 jurutera, pembangun perisian serta para pengurus dan eksekutif yang cenderung dalam bidang teknikal dan berminat untuk mempelajari atau mendalami lagi kemahiran pemprograman Phyton bagi menghasilkan aplikasi.

Kod pemprograman Phyton merupakan asas utama bagi kerja-kerja berkaitan AI.

Sebaik sahaja para peserta selesai menjalani kursus Saintis Data Phyton yang terdiri daripada 20 modul sepanjang tiga bulan, mereka akan menerima sijil Asas AI.

Kos kursus tersebut berharga S$500, tetapi IMDA akan menyediakan sokongan kewangan kepada mereka yang layak di bawah Program Sumber Teknologi Infokom Penting (CITREP+) Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA).

Seorang anggota perkhidamatan negara atau pelajar sepenuh masa akan menerima sokongan yuran sehingga 100 peratus manakala pelatih yang ditaja syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dan rakyat Singapura berusia 40 tahun ke atas akan mendapat subsidi sehingga 90 peratus.

Microsoft dan Intel yang juga rakan kandungan bagi AI4I, dan akan disertai DataCamp, satu platform pembelajaran sains data online. Kursus-kursus ini akan dijalankan bermula hujung Ogos, menurut kenyataan yang dikeluarkan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan