Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut, 4 cedera akibat pokok besar yang tumbang di Kebun Bunga S'pura

Lima orang mangsa, termasuk dua kanak-kanak, dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2017 09:19PM Dikemas Kini : 11 Feb 2017 09:36PM

SINGAPURA: Sebatang pokok Tembusu setinggi 40 meter tumbang di Palm Valley, berdekatan Pentas Simfoni di Kebun Bunga Singapura petang tadi (11 Feb), mengorbankan satu orang manakala empat yang lain cedera.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang insiden itu sekitar pukul 4.25 petang dan mengerahkan dua kereta bomba, sebuah Red Rhino, sebuah motosikal bomba, empat ambulans dan dua kenderaan sokongan ke lokasi kejadian.

Seorang saksi memberitahu Mediacorp, pokok tersebut yang selebar sekitar 6.5 meter, tumbang dalam masa "lima saat" dan "menghempap beberapa orang".

"Kami bergegas menolak batang pokok yang besar itu bagi membantu mangsa," menurut seorang saksi.

Pada pukul 6.30 petang, SCDF menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai NParks dalam satu operasi menyelamat.

Lima orang mangsa, termasuk dua kanak-kanak, dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

NParks mengesahkan pada pukul 8.30 malam ini, salah seorang mangsa sudah meninggal dunia.

Insiden itu dipercayai berlaku sekitar sejam sebelum satu acara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada, bagi meraikan ulang tahun ke-150 Kanada menerusi muzik dan filem dan dijadual bermula pada pukul 5.00 petang.

Satu catatan di laman Suruhanjaya Tinggi Kanada menyatakan acara tersebut sudah dibatalkan disebabkan "kejadian yang tidak diduga".

Sekitar pukul 7.30 malam. Kebun Bunga Singapura memuat naik catatan di laman Facebooknya, memaklumkan semua program yang dijadual diadakan di sana esok (12 Feb), termasuk sebuah pertunjukan muzikal oleh kugiran Bandstand sempena Hari Valentine's dibatalkan.

Menurut NParks, pihaknya sedang menyiasat punca pokok tersebut tumbang.

"Keutamaan kami adalah untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan juga yang cedera," menurut agensi itu. 

Sumber : Today/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan