1,500 hadiah didermakan sempena Krismas
Sebuah konvoi para sukarelawan daripada kumpulan motosikal Harley Davidson berkumpul di Orchard Road pagi tadi (15 Dis).
SINGAPURA: Sebuah konvoi para sukarelawan daripada kumpulan motosikal Harley Davidson berkumpul di Orchard Road pagi tadi (15 Dis).
Mereka kemudian mengagihkan hadiah kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dalam satu acara amal tahunan.
Lebih 1,500 hadiah didermakan pada tahun ini dan hadiah-hadiah itu diberikan kepada para penerima bantuan seperti dari Yayasan Barah Kanak-Kanak dan Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak.
Acara tahunan "Stars of Christmas" ini diadakan sejak tahun 2010.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.