Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA beri amaran terhadap penipuan yang tawar tiket penerbangan percuma

Orang ramai harus berwaspada terhadap emel, panggilan, kiriman, tinjauan dan peraduan yang didakwa dari Singapore Airlines (SIA) dan yang akan menawarkan tiket atau kredit penerbangan percuma, dedah syarikat penerbangan tersebut pada Rabu (20 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
SIA beri amaran terhadap penipuan yang tawar tiket penerbangan percuma

Gambar fail pesawat SIA di Lapangan Terbang Changi.

Diterbitkan : 20 Dec 2017 08:18PM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 08:21PM

SINGAPURA: Orang ramai harus berwaspada terhadap emel, panggilan, kiriman, tinjauan dan peraduan yang didakwa dari Singapore Airlines (SIA) dan yang akan menawarkan tiket atau kredit penerbangan percuma, dedah syarikat penerbangan tersebut pada Rabu (20 Dis).

SIA menyatakan sebilangan penipu sudah menggunakan cara seumpama itu bagi memancing pelanggannya untuk menyerahkan data peribadi mereka. Bagi menampakkan keasliannya, beberapa penipu juga mengubah ID pemanggil mereka untuk menyamar nombor-nombor telefon rasmi SIA.

"Kami menasihati pelanggan supaya berwaspada semasa mendedahkan data peribadi dan/atau butiran kad kredit kepada sumber yang tidak sah. Laman, emel, kiriman dan panggilan sedemikian harus disahkan jika anda berasa ragu-ragu," menurut SIA dalam catatannya di laman Facebook.

Syarikat penerbangan tersebut juga menasihati pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap laman penipuan yang meminta maklumat, yang mirip laman rasmi SIA, dan untuk berwaspada dalam mengongsi butiran peribadi online.

SIA mengeluarkan sekurang-kurangnya empat makluman sedemikian tahun ini.

Pihaknya juga menyatakan penerima yang mahu mengesahkan laman, emel, kiriman dan panggilan seumpama itu boleh berbuat demikian dengan memberikan maklum balas di lamannya atau melalui saluran media sosial syarikat penerbangan tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan