Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura dinasihati tangguhkan perjalanan ke Kuala Lumpur: MFA

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura untuk menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Kuala Lumpur sedang rapat-rapat bakal diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu (8 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 12:42PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:30PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura untuk menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Kuala Lumpur sedang rapat-rapat bakal diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu (8 Dis).

"Menurut laporan-laporan media, satu rapat besar-besaran bakal diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, di Dataran Merdeka pada 8 Dis, 2018. Berpuluh-puluh ribu orang dijangka menyertai acara itu," menurut MFA dalam satu nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada Jumaat (7 Dis).

"Terdapat juga laporan-laporan media bahawa satu lagi rapat besar-besaran akan diadakan di Petaling Jaya di Padang Timur pada hari yang sama.

"Seperti mana dalam perhimpunan atau tunjuk perasaan besar-besaran, ada kemungkinan pergaduhan berlaku secara terbatas dan terpencil. Selain itu, gangguan trafik dan gangguan-gangguan lain mungkin akan menjejas para pengunjung.

Nasihat perjalanan itu menambah: "Rakyat Singapura dinasihati agar menangguhkan perjalanan tidak perlu ke Kuala Lumpur buat sementara waktu ini."

"Rakyat Singapura yang kini berada di Kuala Lumpur dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan kawasan-kawasan di mana perhimpunan besar diadakan, memantau berita tempatan untuk perkembangan terkini dan mengikut arahan pihak berkuasa tempatan."

Menurut MFA, rakyat Singapura digalakkan untuk mendaftar online dengan Kementerian Ehwal Luar di https://eregister.mfa.gov.sg.

MFA turut menasihati rakyat Singapura untuk terus berhubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur atau Pejabat Petugas MFA di:

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur
209 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: +60 321 616 277
Tel Pegawai Petugas: +60 166 610 400
E-mel: singhc_kul [at] mfa.sg

Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Tanglin, Singapore 248163
Tel: +65 6379 8800 / 8855
E-mel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan