Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyelam S'pura disahkan maut dalam kebakaran bot California

Penyelam Singapura, Cik Tan Wei, disahkan sebagai salah seorang daripada 34 mangsa yang maut dalam nahas bot yang terbakar dan karam di kawasan pantai California. Khabar ini disampaikan sendiri oleh keluarga mangsa kepada Mediacorp hari ini (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Sep 2019 05:07PM Dikemas Kini : 06 Sep 2019 10:34PM

SINGAPURA: Penyelam Singapura, Cik Tan Wei, disahkan sebagai salah seorang daripada 34 mangsa yang maut dalam nahas bot yang terbakar dan karam di kawasan pantai California. Khabar ini disampaikan sendiri oleh keluarga mangsa kepada Mediacorp hari ini (6 Sep).

Bot bernama Conception karam berdekatan Pulau Santa Cruz selepas kebakaran tercetus pada sekitar 3.15 pagi waktu tempatan pada Isnin (2 Sep). Pihak berkuasa mengesahkan bahawa mayat 33 mangsa sudah ditemui tetapi seorang lagi masih dilaporkan hilang.

Dua rakyat Singapura - Tan Wei (26 tahun) dan Dr Sunil Singh Sandhu (46 tahun), tersenarai sebagai antara mangsa dalam nahas tersebut.

Pada Jumaat (6 Sep), kakak Tan Wei, Cik Cheerin berkata, ujian DNA mengesahkan bahawa salah satu mayat yang ditemui merupakan mayat adiknya.

Bapa dan abang mangsa sedang dalam perjalanan ke Los Angeles untuk membuat persiapan bagi upacara persemadian Tan Wei, yang dijangka akan berlangsung di Santa Barbara esok (7 Sep).

Tan Wei membesar di Singapura dan berpindah ke Amerika Syarikat pada 2012, di mana beliau mengikuti pengajian kejuruteraan kimia di Universiti Michigan.

Selepas tamat pengajian, Tan Wei bekerja sebagai seorang pakar runding selama dua tahun, sebelum melanjutkan pelajarannya pada peringkat sarjana di UC Berkeley.

Pada Jun, Tan Wei berpindah ke Santa Barbara selepas lulus pengajian dan mula bekerja sebagai saintis data pula.

Sebagai seseorang yang benar-benar mengemari kegiatan menyelam, Tan Wei menanti-nantikan untuk meneroka kawasan Santa Barbara, kata Cik Cheerin.

Seorang lagi rakyat Singapura yang berada di atas kapal semasa nahas berlaku ialah Dr Singh, seorang ahli sains lulusan Universiti Stanford dengan PhD dalam jurusan kejuruteraan elektrik.

Beliau mula mengikuti kegiatan menyelam skuba sejak dua bulan lalu, lapor The New Paper (TNP).

34 mangsa terperangkap dalam sebuah bilik di dek kapal semasa kejadian berlaku. Lima anak kapal yang terselamat berkata kebakaran menghalang para mangsa untuk melarikan diri.

Pemilik boat berkenaan, Truth Aquatics, menggantung ekpedisi menyelam dua bot lain sedang siasatan dijalankan, menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan