Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Pelaburan besar dan mantap' dalam pertahanan demi jamin masa depan: Ng Eng Hen

Membangunkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berupaya melindungi kepentingan negara dan memastikan generasi akan datang kekal selamat memerlukan "pelaburan besar dan mantap", kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam ucapan Jawatankuasa Perbekalan hari ini (1 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
'Pelaburan besar dan mantap' dalam pertahanan demi jamin masa depan: Ng Eng Hen

(Gambar: SAF)

Diterbitkan : 01 Mar 2019 03:32PM Dikemas Kini : 01 Mar 2019 03:34PM

SINGAPURA: Membangunkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berupaya melindungi kepentingan negara dan memastikan generasi akan datang kekal selamat memerlukan "pelaburan besar dan mantap", kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam ucapan Jawatankuasa Perbekalan hari ini (1 Mac).

"Pertahanan, terutama sekali bagi pulau kecil seperti Singapura, adalah penting jika kita ingin menjaga kepentingan negara dan mencegah serangan," kata Dr Ng. "Singapura sudah dalam proses membangunkan SAF yang moden dalam tiga bidang ... yang mampu berdepan dengan cabaran-cabaran keselamatan dalam dunia nyata dan dunia maya pada abad ke-21.

"Jika kita melabur secara tetap dalam bidang pertahanan dan para anggota NS dapat mengekalkan iltizam serta keyakinan mereka untuk mempertahankan Singapura, masa depan kita akan terjamin bagi generasi akan datang. Kita boleh menjangkakan untuk meraikan SG75 dengan jaminan bahawa kita mempunyai sistem pertahanan yang kuat."

Perbelanjaan pertahanan bagi Tahun Kewangan 2019 dijangka mencecah S$15.5 bilion, naik daripada S$14.8 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam kenyataan Belanjawannya pada 18 Februari.

Dr Ng berkata perbelanjaan nominal pertahanan bagi 10 tahun selanjutnya dijangka tumbuh antara tiga hingga empat peratus setahun, agar "sekurang-kurangnya berada sejajar dengan inflasi".

"Untuk membangunkan SAF yang mempunyai keupayaan seperti itu ... yang mampu melindungi kepentingan Singapura dan menjaga keselamatan rakyatnya bagi generasi akan datang, memerlukan pelaburan besar dan mantap," kata Dr Ng. "Saya berterus-terang - ia akan memerlukan sumber dan komitmen kita."  

Sumber : CNA/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan