Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Noble Group disiasat kerana disyaki buat kenyataan palsu, langgar syarat-syarat pendedahan

Syarikat pedagang komoditi Noble Group sedang disiasat kerana disyaki membuat kenyataan-kenyatan palsu dan melanggar syarat-syarat pendedahan di bawah Akta Sekuriti dan Dagangan Hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2018 07:25PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 10:48PM

SINGAPURA: Syarikat pedagang komoditi Noble Group sedang disiasat kerana disyaki membuat kenyataan-kenyatan palsu dan melanggar syarat-syarat pendedahan di bawah Akta Sekuriti dan Dagangan Hadapan, menurut Jabatan Ehwal Komersil (CAD) dari Pasukan Polis Singapura, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA).

Dalam satu kenyataan bersama, pihak berkuasa menyatakan bahawa anak syarikat kumpulan itu yang dimiliki sepenuhnya, Noble Resources International (NRI), juga sedang disiasat kerana mungkin tidak menepati piawaian-piawaian perakaunan di bawah Akta Syarikat. 

ACRA menyatakan bahawa ia sudah memaklumkan pengarah-pengarah lembaga NRI mengenai hasil dapatannya atas pelanggaran undang-undang yang disyaki dan meminta lebih banyak maklumat daripada mereka sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Ini menyusuli satu semakan menyeluruh terhadap kenyataan-kenyataan kewangan NRI bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2012 dan 31 Dis 2016, menurut kenyataan itu.

CAD dan MAS juga sudah mengarahkan Noble Group dan NRI untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persiapan kenyataan-kenyataan kewangan Noble Group, setelah satu semakan menyeluruh berhubung maklumat lain yang relevan, yang termasuk kenyataan-kenyataan yang dirujuk kepada pihak berkuasa oleh Undang-undang Bursa Singapura dan pihak-pihak ketiga yang lain. 

Pengumuman itu dikeluarkan sehari setelah saham-saham Noble Group, yang pernah menjadi pedagang komoditi yang terhebat di Asia, digantung ditengah-tengah usaha syarikat itu untuk merubah kepada perniagaan arang batu yang memberi tumpuan kepada Asia, menyusuli perjanjian menyusun semula hutang bernilai AS$3.5 bilion (S$4.8 bilion).

Menurut Noble minggu lalu, ia sudah mendapatkan kelulusan yang diperlukan, termasuk mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk melaksanakan penyusunan semula dan pembayaran kepada para pemiutang, sekali gus menghuraikan rintangan terakhir untuk menyelesaikan pertukaran penuh kontroversi - hutang bagi ekuiti. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan