M'sia tinjau ambil semula ruang udara selatan Johor
Malaysia sedang meninjau kemungkinan untuk mengambil semula ruang udara yang diwakilkan kepada Singapura di bahagian selatan Johor.
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meninjau kemungkinan untuk mengambil semula ruang udara yang diwakilkan kepada Singapura di bahagian selatan Johor.
Ruang udara itu diwakilkan kepada Singapura oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Singapura menguruskan ruang udara tersebut di bawah pengawasan ICAO.
Isu tersebut dibangkitkan semula baru-baru ini apabila Singapura membuka sebuah terminal baru bagi mengendalikan pesawat penumpang di Lapangan Terbang Seletar. Prosedur baru berhubung laluan penerbangan pesawat sudah diterbitkan.
Pihak berkuasa Malaysia menyatakan Penguasa Penerbangan Singapura tidak terlebih dahulu mendapatkan keizinan pihak berkuasa Malaysia bagi berbuat demikian.
Bercakap di Parlimen Malaysia hari ini (4 Dis), Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata kerajaan Malaysia merancang untuk mengambil semula sepenuhnya ruang udara itu menjelang tahun 2023.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.