Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Zander Ng juara edisi pertama MasterChef S'pura

Selepas bersaing selama lapan minggu, Zander Ng dinobat sebagai juara edisi pertama Masterchef Singapura dalam pusingan terakhir pertandingan memasak itu yang disiarkan di Saluran 5 Mediacorp dan Toggle.sg pada Ahad malam (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Zander Ng juara edisi pertama MasterChef S'pura

Juara MasterChef Singapura, Zander Ng, menewaskan peserta Genevieve Lee dalam pusingan terakhir pertandingan memasak itu. (Gambar: MasterChef Singapore)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 08:49AM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:00AM

SINGAPURA: Selepas bersaing selama lapan minggu, Zander Ng dinobat sebagai juara edisi pertama Masterchef Singapura dalam pusingan terakhir pertandingan memasak itu yang disiarkan di Saluran 5 Mediacorp dan Toggle.sg pada Ahad malam (21 Okt).

Encik Ng, 30 tahun, seorang pengurus IT berjaya menewaskan lebih 700 pemohon awal bagi mendapatkan tempat dalam peraduan memasak itu.

Gambar juara MasterChef Singapore, Zander Ng. (Gambar: MasterChef Singapore)

Gambar juara MasterChef Singapore, Zander Ng. (Gambar: MasterChef Singapore)

Dalam pusingan terakhir, Encik Ng dan seorang lagi peserta Genevieve Lee, 20 tahun, harus menyediakan lima jenis hidangan yang diilhamkan daripada masakan Asia, dengan menggunakan bahan-bahan seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan kanji serta dilengkapi dengan pencuci mulut dalam masa dua jam setengah.

Akhirnya, kesempurnaan dan kecanggihan hidangan-hidangan yang disediakan oleh Encik Ng memikat hati para juri iaitu Damian D' Silva, Audra Morrice dan Bjorn Shen.

Encik Ng memilih untuk menyediakan menu yang terdiri daripada stik lambung dengan chimichurri Asia, ikan merah dengan beurre blanc; adas dicukur yang disebatikan dengan kicap, madu dan limau nipis, serta fettucine carbonara dengan lada biji szechuan dan panna cotta ondeh ondeh.

Gambar Genevieve Loh dan Zander Ng bersama keluarga mereka. (Gambar: MasterChef Singapore)

Gambar Genevieve Loh dan Zander Ng bersama keluarga mereka. (Gambar: MasterChef Singapore)

"Ini merupakan satu impian yang menjadi kenyataan!" kata Encik Ng semasa mengulas mengenai kemenangannya itu.

"Ini adalah impian saya sejak 10 tahun lalu dan kini saya rasa bahawa saya telah menerima pengesahan untuk meneruskan semangat saya dalam dunia masakan.

"Sepanjang perjalanan saya dalam Masterchef Singapore, saya sudah membesar sebagai seorang tukang masak dan juga seorang individu. Saya kini lebih yakin pada diri saya dan pengalaman ini sudah merubah kehidupan saya buat selama-lamanya.

"Kini saya merancang untuk mengambil sedikit masa untuk menjejalah seluruh dunia bagi mempelajari masakan dan pengalaman baru. Saya tidak sabar untuk memulakan latihan amali dengan Cef Bjorn dan Cef Damian, serta belajar daripada cef-cef tersebut," tambah beliau.

Encik Ng membawa pulang wang tunai S$10,000 serta baucar Cold Storage S$2,000; perjanjian penerbitan buku Marshall Cavendish, perkakas dapur Ariston, KitchenAid, Thermomix dan Whirlpool; serta latihan amali selama tiga bulan dengan Cef D'Silva dan Chef Shen di restoran Folklore dan Artichoke.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan