Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

WOW! Dua mangga Jepun ini dijual pada harga S$5,000!

Hampir S$5,000 hanya untuk dua biji mangga!

Anggaran Waktu Membaca:
WOW! Dua mangga Jepun ini dijual pada harga S$5,000!

Gambar: South China Morning Post.

Diterbitkan : 23 Apr 2018 11:04AM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 11:08AM

MIYAZAKI: Hampir S$5,000 hanya untuk dua biji mangga!

Bagi ramai orang mungkin tidak berbaloi menghabiskan wang sebanyak itu sekafar untuk menikmati dua biji buah mangga. Namun, tidak begitu bagi sesetengah warga Jepun.

The Japan Times melaporkan kedua-dua mangga berjenama Taiyo no Tamago itu dilelongkan pada ¥400,000 (S$4894) di Daerah Miyakazi baru-baru ini.

Demi mencapai harga lelongan yang begitu tinggi, Persekutuan Ekonomi Pertanian Miyazaki menyatakan mangga yang dijual di bawah jenama Taiyo no Tamago (Egg of the Sun) ini dipilih di bawah kriteria amat teliti.

Ini termasuk berat setiap satunya mesti melebihi 350 gram dan memiliki rasa sangat manis serta lebih separuh daripada kulitnya berwarna merah muda.

Menurut The Japan Times, dua mangga itu memecahkan rekod harga yang dilelong tahun lalu.

Dengan berat sekitar satu kilogram, mangga-mangga berkenaan akan dijual di sebuah gedung serbaneka di Fukuoka.

MIYAZAKI INTAI PASARAN GLOBAL

Sempena ulang tahunnya yang ke-20, Timbalan Gabenor Miyazaki, Yukitoshi Gunji berikrar akan terus berusaha mempromosikan jenama tersebut di peringkat global.

"Ia (mangga-mangga itu) sudah berkembang menjadi jenama besar bagi Miyazaki, bahkan juga dijadikan bahan memasak utama di sidang puncak Ise-Shima(Group of Seven) dua tahun lalu," kata Encik Gunji.

"Kami akan terus mempromosikannya ke seluruh dunia," tambahnya.

Persekutuan tersebut turut menjangkakan kiriman hasil para petani sampai kemuncaknya antara pertengan Mei hingga Jun.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan