Images
  • whatsapp (1)
    (Gambar: Dado Ruvic/ Reuters)

WhatsApp perkenal ciri baru; hanya admin kumpulan boleh hantar mesej

BERITAMediacorp: Aplikasi penghantaran mesej WhatsApp digunakan berbilion orang serata dunia untuk saling berhubungan.

Ciri kumpulan membolehkan para pengguna menghantar pesanan kepada semua anggota kumpulan sekaligus, iaitu sehingga 256 pengguna secara serentak, menurut laporan Forbes.

Antara manfaat ciri ini adalah ia boleh menambah kemesraan sesama keluarga dan rakan-rakan.

Namun, apabila digunakan secara berlebihan dan dihujani pesanan siang dan malam, perasaan ceria boleh bertukar menjadi jengkel.

Cuba bayangkan situasi ini - baru sahaja bangun dari tidur, dan telefon bijak anda 'dihujani' secara bertubi-tubi mesej seperti "Selamat pagi! Semoga hari ini ceria buat anda!"

Pasti ada yang pernah mengalaminya bukan?

Baru-baru ini, pembangun aplikasi itu memperkenalkan ciri baru yang boleh mengawal penghantaran mesej dalam kumpulan.


Menurut laman The Star, pentadbir sesuatu kumpulan WhatsApp kini diberi hak untuk menyekat penghantaran pesanan.

Apabila ciri itu dihidupkan, hanya pentadbir sahaja yang boleh mengirim pesanan dalam kumpulan itu.

Selain menyekat penghantaran mesej, lelaman Livemint pula melaporkan ciri-ciri hak baru yang lain bagi pentadbir kumpulan WhatsApp.

Ini termasuk menghadkan anggota mana yang boleh menukar gambar ikon, nama dan penerangan kumpulan.

Ciri-ciri ini terdapat di kedua-dua versi Android dan iOS.

Akhirnya, anda boleh bangun lewat tanpa diganggu puluhan ucapan "Selamat pagi!"


LAPORAN BERKAITAN:

- Agensi berita/TQ/tq

Top