Images
  • henna crown
    (Gambar: Petikan skrin video Twitter/ Al Jazeera English)

Wanita ini tangani stigma berhubung keguguran rambut dengan ‘mahkota inai’

DOHA: Rambut memang jelas adalah mahkota wanita. Dengan rambut yang panjang dan lebat, pelbagai gaya yang dapat dihasilkan. Malah, pelbagai jenis warna juga semakin dipadankan di kalangan golongan muda.

Bagaimanapun, ada juga segelintir wanita yang tidak begitu beruntung untuk menikmati rambut sebegitu rupa. Bahkan, ada yang mengalami penyakit sehingga terpaksa membotakkan kepala.

Malangnya, golongan sebegini turut berdepan dengan stigma atau tanggapan negatif tertentu oleh masyarakat disebabkan keguguran rambut yang keterlaluan.

Namun, bagi wanita Qatar ini, beliau memilih untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif.


Bagi memecahkan stigma dan meningkatkan keyakinan, wanita tersebut memilih untuk menghiasi kulit kepalanya dengan lukisan henna, seperti dilapor Al Jazeera English. Keneesha Bell, seorang guru, mengalami ‘alopecia’, keadaan di mana seseorang itu mengalami keguguran rambut tetap dari kulit kepala.

Bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang lain yang turut mengalami keguguran rambut, Bell, seperti ditukil video Al Jazeera English, mendakapi keadaannya itu dengan menghiasi kulit kepalanya dengan ‘mahkota inai’.

Sebuah video yang dikongsikan Al Jazeera English itu juga menunjukkan kulit kepalanya dihiasi inai dan video itu malah kian menular. 

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top