Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita ini ingin berubah menjadi seekor naga

Seorang wanita membelanjakan lebih £40,000 (S$74,000) demi mengubah dirinya sebagai seekor naga.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ini ingin berubah menjadi seekor naga

Gambar wanita yang ingin menjadi seekor naga. (Gambar: Facebook / Tiamat Legend Medusa)

Diterbitkan : 05 Apr 2018 02:01PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 02:06PM

TEXAS: Seorang wanita membelanjakan lebih £40,000 (S$74,000) demi mengubah dirinya sebagai seekor naga.

Cik Eva Tiamat Medusa, yang berasal dari Bruni, Texas, mendakwa dirinya sebagai 'seorang transgender yang paling diubah suai di dunia' dengan melakukan pelbagai prosedur hanya untuk menjadikan dirinya sebagai seekor naga, menurut laman Unilad.

Beliau meletak jawatan beliau sebagai naib presiden sebuah bank beberapa tahun lalu dan memulakan transformasi beliau dengan mendapatkan sisik sebelum mengubah bentuk hidungnya, membuang telinganya dan mewarnakan putih matanya dengan warna hijau.

Sejak ditinggalkan oleh ibu bapanya pada usia lima tahun, Cik Eva berkata beliau "hidup kembali" selepas seekor ular menjaganya, ditukil laman Unilad.

Beliau sedar bahawa beliau ingin berubah untuk menjadi reptilia, perjalanan beliau bermula sejak beliau hidup sebagai seorang lelaki. Beliau dijangkiti HIV dan bertekad bahawa beliau tidak ingin mati sebagai seorang manusia.

Menurut laman Unilad, Cik Eva kini mempunyai lapan tanduk di dahinya, lidahnya dibelah dua dan seluruh mukanya ditatu. Kini, beliau digelar sebagai Wanita Naga.

Beliau juga tidak ingin dikenali sebagai seorang manusia tetapi seorang reptilia pula.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan