Images
  • world hijab day
    Pamela Zafred, salah seorang peserta cabaran tersebut. (Gambar: World HijabDay/Twitter)

Wanita bukan Muslim pakai hijab sepanjang Ramadan, lawan diskriminasi

SBS NEWS: Sebagai satu bentuk perpaduan dengan wanita Muslim yang menghadapi diskriminasi kerana bertudung, beberapa wanita berlainan agama memakai hijab sepanjang bulan Ramadan ini.

Ellie dan Grace. (Petikan skrin video wawancara mereka dengan SBS News)

Cik Ellie Lloyd dan anak perempuannya Grace, yang berusia 11 tahun adalah antara mereka yang menyertai cabaran 30 hari anjuran pertubuhan World Hijab Day (WHD) atau Hari Hijab Sedunia.

Pertubuhan WHD diasaskan oleh penduduk New York Nazma Khan dalam usaha untuk membangunkan jembatan bagi memahami sebab seseorang wanita Islam itu memakai hijab.

Menurut Cik Khan, para peserta seperti pasangan anak beranak itu boleh memecahkan stereotaip negatif.

Seorang lagi peserta, pelajar Brazil, Pamela Zafred, yang berusia 18 tahun pula dibesarkan sebagai seorang Katolik.


“Saya pergi ke gimnasium (memakai hijab) dan saya boleh dengar orang di situ mempersendakan saya,” kata beliau kepada Al Jazeera.

“Kami bukan sahaja bangga dengan para peserta cabaran Hijab 30 Hari Ramadan tetapi juga berasa rendah diri dan berbesar hati atas sokongan mereka,” kata Cik Khan kepada SBS News.

“Mereka membawa perubahan besar dengan memupuk kesedaran tentang hijab yang sangat disalah faham terutama sekali di dunia barat. Dengan penyertaan mereka, kami berharap untuk memecahkan stereotaip negatif yang dihadapi wanita bertudung setiap hari di seluruh dunia.”

- Agensi berita/SM/na

Komen Anda?

Top