Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita 22 tahun jalani 30 pembedahan kosmetik hanya untuk teman lelakinya

Demi cinta, sanggup melakukan segalanya. Mungkin itulah yang cocok diungkapkan bagi wanita ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 22 tahun jalani 30 pembedahan kosmetik hanya untuk teman lelakinya

Berry Ng yang jalani pembedahan kosmetik. (Gambar: Instagram / her_name_is_berry)

Diterbitkan : 14 Dec 2017 01:49PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 10:21PM

HONG KONG: Demi cinta, sanggup melakukan segalanya. Mungkin itulah yang cocok diungkapkan bagi wanita ini.

Wanita berusia 22 tahun dari Hong Kong itu menjalani lebih 30 pembedahan plastik dalam percubaan untuk memuaskan hati teman lelakinya. Berry Ng mula melakukan pembedahan tersebut semasa beliau berusia 17 tahun kerana ingin mirip dengan peragawati barat. Kini, beliau menyesali keputusannya itu.

Cik Berry Ng mendakwa bahawa ketagihan pembedahan plastiknya bermula apabila beliau ternampak satu pusat kecantikan yang menawarkan pakej yang berpatutan buat pelajar dengan harga HK$ 799 (S$137) untuk tiga suntikan.

Namun selang beberapa jam jurusolek memaksanya untuk membeli pakej yang lebih mahal dengan harga HK$17,000 (S$2,900). Cik Ng amat berpuas hati dengan hasilnya itu dan mula untuk melakukan rawatan lanjutan dan pada ketika itu beliau mula ketagih dengan pembedahan plastik.

Walaupun demikian, keadaan menjadi bertambah buruk semasa beliau berusia 20 tahun kerana beliau berada dalam hubungan romantik dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua daripadanya, lapor China Press.

Pasangannya itu mengasarinya secara lisan, seringkali mengutuk rupanya, dan membandingkannya dengan wanita lain. Respons Cik Ng adalah untuk menjalani pembedahan plastik selama tempoh enam bulan, di mana beliau menjalani sebanyak 30 pembedahan.

Antara pembedahan yang dijalaninya termasuk blefaroplasti dan rinoplasti. Beliau turut menerima beberapa suntikan di dahinya untuk dapatkan wajah yang lebih bulat, juga suntikan pada bibir, pipi dan dagunya.

"Kalau beliau pernah katakan 'anda cantik' walaupun sekali, saya akan berhenti," dedahnya kepada laman berita China Press. Aduan terakhirnya adalah dakwaan bahawa buah dada Cik Ng amat kecil dan memaksanya untuk menjalani pembedahan. Semasa pulih daripada prosedur terakhirnya, beliau mendapat bayangan bahawa ibunya kecewa mengenai ketagihan pembedahan plastik. "Anda sebelum ini cantik, tetapi kini anda tercemar," kata ibunya menurut China Press.

Cik Ng mengakhiri hubungannya itu dan kini berceramah menerusi YouTube menentang pembedahan kosmetik. Beberapa wanita muda yang berada dalam keadaan yang sama menghubunginya menerusi emel yang mengatakan suami mereka ataupun pasangan mereka seringkali mengutuk rupa mereka dan memaksa mereka untuk menjalani pembedahan plastik.

"Sebenarnya, teman lelaki membawa kesan yang besar kepada wanita. Kebanyakan mereka akan mengatakan bahawa 'teman lelaki saya katakan hidung saya tidak tajam' atau 'muka saya terlalu besar'. Kebanyakan mereka bodoh seperti saya. Itulah sebabnya saya ingin membuat video-video dan berkongsi pengalaman saya," kata Cik Ng.

Beliau turut menambah bahawa beliau kesal menjalani pembedahan plastik yang banyak terhadap wajahnya dan jika boleh mahu mendapatkan kembali wajahnya yang lama. Kini Cik Ng tidak ingin menjalani pembedahan plastik pada masa depan.   

Sumber : Agensi berita/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan