Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Waktu kerja yang lama boleh tingkatkan risiko kencing manis bagi kaum wanita

Sekitar lapan peratus daripada wanita dan 12 peratus lelaki menghidap kencing manis pada akhir tempoh kajian tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu kerja yang lama boleh tingkatkan risiko kencing manis bagi kaum wanita

Gambar fail. (Gambar: AFP/Menahem Kahana)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 10:22PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 10:36PM

REUTERS: Para wanita yang bekerja 45 jam atau lebih setiap minggu mungkin lebih cenderung menghidap kencing manis. Ini menurut satu kajian di Kanada.

Para pengkaji memeriksa lebih 7,000 pekerja berusia 35 tahun ke atas di Ontario, Kanada, lebih 12 tahun. Tiada seorang pun daripada mereka menghidap kencing manis pada permulaan kajian atau semasa dua tahun pertama setelah kajian itu dijalankan, lapor Reuters.

Sekitar lapan peratus daripada wanita dan 12 peratus lelaki menghidap kencing manis pada akhir tempoh kajian tersebut.

Menurut Reuters, waktu pekerjaan tidak kelihatan seperti mempengaruhi risiko kencing manis bagi kaum lelaki. Bagaimanapun, para wanita yang bekerja sekurang-kurangnya 45 jam seminggu adalah 63 peratus lebih cenderung menghidap kencing manis berbanding para wanita yang bekerja antara 35 hingga 40 jam seminggu.

Waktu pekerjaan yang lebih lama di tempat kerja dan di rumah mungkin mengakibatkan kaum wanita lebih cenderung mengalami tekanan kronik, keradangan dan perubahan hormon yang berpotensi menyumbang kepada kencing manis. Ini menurut para penyelidik dalam Penyelidikan & Penjagaan Terbuka BMJ.

Di seluruh dunia, hampir satu daripada 10 orang dewasa menghidap kencing manis pada tahun 2014, dan penyakit itu akan menjadi penyebab kematian yang ketujuh terbesar menjelang 2030, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kebanyakan orang menghidap kencing manis Jenis 2, yang dikaitkan dengan masalah kegemukan dan penuaan dan berlaku apabila tubuh tidak dapat menggunakan atau mengeluarkan hormon insulin untuk menukar gula darah menjadi tenaga. Sekiranya tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan kerosakan saraf, amputasi, buta, penyakit jantung dan angin ahmar, lapor Reuters lagi.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan