Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Video peniaga taufu fah guna semula mangkuk plastik tular

Baru-baru ini, satu video yang menunjukkan seorang peniaga taufu fah menggunakan semula mangkuk plastik tanpa dicuci bersih menjadi tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Video peniaga taufu fah guna semula mangkuk plastik tular

(Petikan gambar dari video Facebook)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 12:59PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 01:02PM

PETALING JAYA: Baru-baru ini, satu video yang menunjukkan seorang peniaga taufu fah menggunakan semula mangkuk plastik tanpa dicuci bersih menjadi tular di media sosial.

Video itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Selva Jai Raam yang merakam aksi peniaga yang sedang leka membasuh semula mangkuk plastik di trak makanannya di Bandar Sunway, lapor mStar.

Dalam video tersebut, kelihatan peniaga terbabit mencelup mangkuk plastik yang sudah digunakan pelanggan lain ke dalam baldi yang diiisi air tanpa menggunakan sabun pencuci.

"Pak cik apa yang sedang anda lakukan? Saya buang mangkuk itu tetapi saya lihat anda ambil semula kemudian cuci," tanya Encik Selva kepada peniaga tersebut seperti ditukil mStar.

Encik Selva turut mendakwa peniaga itu mengulangi tindakan itu meskipun sudah ditegur.

Peniaga tersebut menjawab bahawa beliau sedang membasuh mangkuk plastik itu dan mengaku pernah membuat perkara sama sebelum ini.

"Tiada minyak di dalam mangkuk tersebut," katanya.

Ketika Selva menegur peniaga terbabit, lelaki tersebut berulang kali memberitahu "saya berani makan, saya berani jual".

Encik Selva selanjutnya memberi amaran akan memuat naik rakaman itu ke laman Facebook. Sejak dimuat naik pada hujung minggu lalu, video tersebut sudah ditonton lebih 500,000 kali, menurut mStar.

Rata-rata, orang ramai tidak setuju dengan tindakan peniaga itu. "Jika menggunakan air yang mengalir ia masih lagi okay. Tetapi anda perlu cuci dengan sabun untuk memastikan kebersihannya," tulis seorang pengguna.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan