Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Usia 76 tahun & dinobat lelaki tua paling kacak 2017

Usianya 76 tahun, tetapi beliau masih boleh dikategorikan sebagai lelaki ‘hangat di pasaran’.

Anggaran Waktu Membaca:
Usia 76 tahun & dinobat lelaki tua paling kacak 2017

Jose dos Santos Neves (bertopi putih). (Gambar: YouTube/BBC)

Diterbitkan : 18 Aug 2017 11:51PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 12:02AM

BRAZIL: Usianya 76 tahun, tetapi beliau masih boleh dikategorikan sebagai lelaki ‘hangat di pasaran’.

Jose dos Santos Neves, bekas kontraktor binaan di Brazil menewaskan 24 lelaki lain sekaligus meraih gelaran Lelaki Tua Paling Kacak 2017 dalam satu pertandingan yang diadakan di Sao Paulo.

“Menyertai pertandingan ini dan memenangi trofi ini besar maknanya bagi saya kerana apabila anda berusia seperti saya, ini adalah satu pencapaian,” beliau memberitahu AFP.

Pertandingan warga emas paling kacak yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Negara Sao Paulo bertujuan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan warga tua, menurut Nilton da Silva Guedes. Beliau merupakan pengarah kesihatan di Pusat Sao Paulo bagi Jagaan Warga Emas.

“Kami sudah menganjurkan pertandingan ini selama 14 tahun dan salah satu tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan warga tua, penuaan yang sihat, mengajak warga tua dari dalam rumah di mana mereka tidak melakukan apa-apa untuk keluar melakukan senaman, menari malah menyertai pertandingan ini, untuk menunjukkan sisi berbeza bagi kecantikan,” Encik DaSilva memberitahu AFP.

Dalam pertandingan itu, Encik Santos bersaing dengan warga tua lain yang berusia antara 62 dengan 96 tahun.

Beliau berharap kemenangannya dapat memberi inspirasi kepada lelaki warga tua lain untuk menikmati kehidupan.

“Warga tua perlu meneruskan kehidupan, menghargai diri mereka, mempertingkat kesihatan, lakukan lebih banyak senaman, menjaga kesihatan, supaya mereka boleh menikmati hari tua kerana akhir hayat tidaklah begitu lama lagi,” katanya.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan