Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tudung Bawal Pocong untuk Hari Raya kini viral, namun ada yang suarakan bantahan

Pereka-pereka fesyen mencari inspirasi dari apa sahaja dan mana sahaja pun. Bagi pereka fesyen Malaysia Azzim Aziz, ini termasuklah pocong, hantu yang ditutupi kain kafan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tudung Bawal Pocong untuk Hari Raya kini viral, namun ada yang suarakan bantahan

Gambar: Rizal Hakiim/Facebook

Diterbitkan : 25 Apr 2018 09:12AM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 09:17AM

PETALING JAYA: Pereka-pereka fesyen mencari inspirasi dari apa sahaja dan mana sahaja pun.

Bagi pereka fesyen Malaysia Azzim Aziz, ini termasuklah pocong, hantu yang ditutupi kain kafan.

Koleksi bawal pocong Hari Raya 2018 milik pereka fesyen itu adalah tudung yang mempunyai pintalan di bahagian atas tudung tersebut yang baru dilancarkan awal bulan ini, menurut laporan Malay Mail.

Menggabungkan reka bentuk tudung dengan dandanan yang diinspirasi genre seram, penggayaan tudung itu serupa dengan pocong. Mungkin ia satu idea yang baik bagi mereka yang ingin menakut-nakutkan saudara mara yang tidak disenangi!

Karya inspirasi Encik Azzim sudahpun menjadi viral di Indonesia dan sudah dijadikan sorotan di laman-laman berita seperti Detik.com, IDN Times, Wolipop dan banyak lagi.

TIDAK SEMUA SETUJU TREND INI

Meskipun ada yang menyukai trend yang disifatkan berani itu, gabungan satu perayaan keagamaan dengan mahkluk halus tidak diterima oleh segelintir masyarakat.

“Belum lagi meninggal dunia, dah nak jadi pocong. Nampak seperti mayat berjalan, tidak ada apa yang harus dibanggakan,” komen @suribeautyspa di Instagram.

“Seramnya tudung ni,” tambah @deerazuber.

Namun, Encik Azzim sendiri berkata bahawa beliau tidak bermaksud untuk mereka tudung itu untuk menyerupai pocong.

“Kami memutuskan untuk mengikat penghujung tudung bawal itu sebagai satu ikatan toncet untuk mencuba sesuatu yang berbeza tetapi setelah melakukan sesi penggambaran barulah kami melihat kesamaannya dan memutuskan untuk memanggilnya Bawal Pocong,” beliau memberitahu Malay Mail.

Pereka fesyen yang tinggal di Baling itu berkata bahawa tudungnya yang dijual pada harga RM40 (S$14) sehelai, dijual laris setelah ia menjadi dan beliau berasa sangat gembira.

“Beberapa hari setelah ia menjadi viral, kesemua 500 helai bagi 7 warna yang ada sudah habis dijual. Sekarang kami menantikan stok baru untuk sampai,” tambah Encik Azzim seperti ditukil Malay Mail. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan