Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trampolin, sudut permainan, kedai aiskrim di Sephora Playhouse pertama S'pura

Sephora menganjurkan satu acara besar-besaran bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-10 di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jul 2018 12:06PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 01:40PM

SINGAPURA: Sephora menganjurkan satu acara besar-besaran bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-10 di Singapura.

Sephora Playhouse, yang pertama seumpamanya di Singapura, menampilkan sebuah 'funhouse' kecantikan yang mengetengahkan sembilan daripada jenama-jenama ikoniknya seperti Benefit, Kat Von D, Urban Decay dan Tarte. Setiap jenama itu turut menyediakan sebuah bilik yang memaparkan tema yang tersendiri.

Di ruang seluas 700 meter persegi itu terdapat gelongsor berbentuk gincu, sudut permainan yang diisi dengan bebola kecil, trampolin, pagar sesat yang bercermin dan kedai aiskrim berwarna merah jambu.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan produk-produk baru seperti White Peach Multi-Dimensional Eye Shadow Palette daripada jenama Too Faced dan set solek Pretty In The USA daripada Benefit.

Sephora Playhouse ini dibuka kepada semua anggota Sephora Beauty dan setiap anggota boleh membawa seramai 5 orang rakan.

Acara ini berlangsung sehingga 29 haribulan ini dari 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam di Ngee Ann City Civic Plaza. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri facebook.com/sephorasingapore.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan