Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tips simpan minyak goreng supaya tahan lama

Minyak goreng menjadi salah satu bahan masak yang wajib dalam setiap dapur, terutama sekali dalam kalangan masyarakat Asia yang menggemari makanan bergoreng.

Anggaran Waktu Membaca:
Tips simpan minyak goreng supaya tahan lama

(Gambar hiasan: Monica Schipper/ AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:56PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 11:15PM

INDONESIA: Minyak goreng menjadi salah satu bahan masak yang wajib dalam setiap dapur, terutama sekali dalam kalangan masyarakat Asia yang menggemari makanan bergoreng.

Minyak goreng lazimnya digunakan berulang kali. Meskipun begitu, anda perlu memastikan minyak goreng tersebut masih boleh digunakan.

Tahukah anda bahawa mutu minyak goreng bergantung kepada cara anda menyimpannya? Minyak goreng berkualiti tidak hanya menjejas rasa masakan, tetapi juga kesihatan kita, lapor Merdeka.com.

Berikut ini adalah beberapa tips bagi menyimpan minyak goreng supaya ia tahan lama:

1. SIMPAN DALAM BOTOL KACA

Salah satu cara untuk menyimpan minyak goreng sebenarnya adalah dengan menyimpannya dalam botol kaca. Berbanding plastik, bahan kaca lebih selamat dan mampu mengelak minyak daripada tercemar. Aroma minyak akan tetap terpelihara meskipun disimpan lama.

2. PASTIKAN BEKAS DITUTUP RAPAT

Bagi menghindari minyak berbau tengik, Merdeka.com menyarankan supaya minyak goreng disimpan dalam bekas kedap udara. Anda juga perlu memastikan bekas itu ditutup rapat bagi mencegah mutu minyak terjejas daripada proses pengoksidaan.

3. SIMPAN DI TEMPAT YANG SEJUK

Supaya minyak goreng tahan lama pula, pastikan anda menyimpan minyak goreng di tempat yang sejuk. Jauhkan minyak goreng daripada terkena sinar matahari kerana ia mampu mengakibatkan minyak goreng cepat rosak.

4. SIMPAN DI TEMPAT YANG KERING

Elak menyimpan minyak goreng dekat dengan bahan makanan yang berbau. Menurut Merdeka.com minyak goreng mampu menyerap bau tersebut dan menjadi tercemar. Pastikan juga minyak goreng disimpan dalam tempat yang kering dan tidak lembap. 

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan