Images
  • pills
    (Gambar hiasan: Canva)

Tips doktor untuk ubat yang perlu dibawa semasa melancong

SINGAPURA: Sering kali kerana terlalu ghairah nak pergi melancong, kita sering terlupa untuk membuat persiapan berhubung bab kesihatan. Namun, sebelum berseronok ketika melancong, pertimbangan perlu diambil berkaitan dengan bekalan ubat yang perlu dibawa sama.

Persoalannya, apakah jenis ubat yang perlu dibawa semasa ke luar negara? Ayuh jengah ke dalam beg tiga doktor untuk melihat barang-barang wajib yang mereka bawa bagi memastikan percutian mereka tidak terganggu.

Dr Eric Wee, pakar gastroenterologi, Hospital Mount Elizabeth Novena

1. Ubat cirit-birit, loperamide.

2. Ubat sakit perut, hyoscine butylbromide (Buscopan)

3. Paracetamol, berkesan untuk demam dan meredakan rasa sakit.

4. Ubat untuk muntah-muntah, metoclopramide. Ia perlukan preskripsi doktor.

Keracunan makanan adalah masalah utama semasa melancong. Ia dinamakan cirit-birit pelancong dan dikaitkan dengan demam, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit pada bahagian perut.

Cara utama mengatasinya adalah dengan minum air secukupnya. Kerapkali, ia akan berlarutan antara dua hingga tiga hari sahaja. Anda boleh elak dehidrasi dengan minum jumlah kecil air isotonik ataupun jus epal secara tetap sepanjang hari.

Dr Reuben Wong, pakar astroenterologi, Hospital Gleneagles

1. Probiotik. Ia mampu melegakan sakit perut dan tempoh jangkitan flu perut.

2. Termometer. Ia amat berguna untuk kanak-kanak kerana adakalanya sukar untuk menentukan jika mereka demam atau tidak.

3. Pembersih tangan atau 'hand sanitiser'. Ia amat berguna bagi kanak-kanak dan dewasa apabila perlu membersihkan tangan.

4. Pisau lipat 'Swiss army'. Pisau ini mempunyai pelbagai kegunaan, seperti memotong, gergaji dan lain-lain.

5. Jumlah kecil ubat-ubatan untuk pelbagai penyakit dari mabuk gerak, demam hingga cirit-birit.

Dr Henry Chan, pakar bedah ortopedik, Hospital Mount Elizabeth

1. Kacamata hitam. Diperlukan bagi melindungi mata daripada cahaya UV berbahaya. Terdedah secara berlebihan kepadanya akan mengakibatkan katarak.

2. Alat pedometer. Ia sentiasa membantu anda memantau kesihatan dan memastikan anda kekal aktif dan sihat menerusi 10,000 jejak langkah setiap hari.

3. Krim antiseptik. Ia amat berguna apabila mengalami luka-luka ringan, gigitan serangga ataupun alahan pada kulit badan.

- CNA/HS/hs

Top