Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tikus rosakkan mesin ATM, wang tunai S$24,000

Mesin ATM masih 'sarat' dengan wang kertas tetapi sistem tidak dapat mengesan sebarang wang dalam mesin tersebut. Tiada kerosakan dikesan pada sistem berkenaan dan polis tidak mendapati sebarang pencerobohan atau kegiatan jenayah.

Anggaran Waktu Membaca:
Tikus rosakkan mesin ATM, wang tunai S$24,000

(Gambar: @INCAssam/ Twitter)

Diterbitkan : 23 Jun 2018 01:40PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 01:06AM

NEW DEHLI: Mesin ATM masih 'sarat' dengan wang kertas tetapi sistem tidak dapat mengesan sebarang wang dalam mesin tersebut. Tiada kerosakan dikesan pada sistem berkenaan dan polis tidak mendapati sebarang pencerobohan atau kegiatan jenayah.

Ternyata, 'Cik Ti' yang 'curi' wang dalam mesin ATM.

Hal itu disedari oleh pegawai bank selepas penduduk tempatan membuat aduan bahawa mesin itu rosak dan tidak mengeluarkan wang.

"Pegawai bank datang untuk memeriksa mesin ATM itu dan mendapati ada bangkai tikus dan wang kertas yang koyak menjadi cebisan kecil," kata Superintenden polis daerah Mugdhajyoti Dev Mahanta kepada AFP.

Menurutnya, wang tunai berjumlah lebih 12 lakh rupee (S$24,000) dalam mesin di daerah Tinsukian, Assam itu digigit tikus.

"Kami sudah periksa dan mendapati tiada penjenayah atau unsur konspirasi dalam insiden ini. Kemungkinan tikus masuk mesin itu melalui lubang kecil bagi wayar," tambahnya.

Gambar-gambar yang tular di media sosial menunjukkan timbunan wang kertas dalam mesin seolah-olah dicarik-carik. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan