Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tiket Hi-Tea Hari Ibu 2018 - Supermum! Cergas Menawan habis dijual

Tiket bagi acara meraikan Hari Ibu anjuran Penyiaran Melayu Mediacorp sudahpun habis dijual.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket Hi-Tea Hari Ibu 2018 - Supermum! Cergas Menawan habis dijual

(Gambar: Petikan skrin video Facebook/Warna 94.2FM)

SINGAPURA: Tiket bagi acara meraikan Hari Ibu anjuran Penyiaran Melayu Mediacorp sudahpun habis dijual.

Acara "Hi-Tea Hari Ibu 2018 - Supermum! Cergas Menawan" itu akan diadakan esok (6 Mei) bermula 2.00 petang di Hotel Orchard.

Seramai 700 orang dijangka hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.

Selain berpeluang menikmati kehadiran personaliti-personaliti radio dari Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan khas oleh penyanyi-penyanyi dari dalam dan luar negara.

Ini termasuk penyanyi Malaysia, Liza Hanim, yang bakal membuat penampilan dan mendendangkan tiga buah lagu, termasuk lagu popularnya, Gelisah Mimpi.

Johan pertandingan Juara Mic Junior, Ainul Yaqin dan pemenang The Owsome Voice anjuran stesen radio Ria, Qistina Yushini, juga akan menyerikan acara tersebut.

"Hi-Tea Hari Ibu 2018 - Supermum! Cergas Menawan" akan dihoskan oleh personaliti radio AB Shaik, Fiza O dan Mariam Mas’od.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan