Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tiga tanggapan salah tentang kamera telefon bijak

Kamera telefon bijak merupakan satu ciri yang sebati dengan kehidupan masa kini, dan menjadi peranti pilihan pertama dalam mengabadikan kenangan berharga bersama rakan dan taulan. Meskipun begitu, masih banyak salah tanggap tentang gajet ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga tanggapan salah tentang kamera telefon bijak

(Gambar hiasan: AFP/Nicolas Asfouri)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 11:19PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 11:21PM

GADGETSNOW: Kamera telefon bijak merupakan satu ciri yang sebati dengan kehidupan masa kini, dan menjadi peranti pilihan pertama dalam mengabadikan kenangan berharga bersama rakan dan taulan. Meskipun begitu, masih banyak salah tanggap tentang gajet ini.

Kami bawakan antara tiga salah tanggap yang sering didengari.

LEBIH MEGAPIKSEL, LEBIH KUALITI

Menurut majalah online teknologi GadgetsNow, ini antara mitos paling besar mengenai kamera telefon bimbit.

Memang benar, ukuran megapiksel (MP) lebih tinggi adalah baik kerana ia menghasilkan gambar resolusi lebih tinggi dan membolehkan keupayaan zoom lebih dekat, namun kualiti keseluruhan gambar tidak semestinya lebih baik.

Faktor-faktor seperti saiz sensor kamera, apertur, mutu lensa dan algorithme kamera itu juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti gambar.

Sebagai contoh, kualiti gambar yang dihasilkan kamera 12MP pada Samsung Galaxy S9 dilaporkan lebih baik daripada kamera Galaxy A8 Plus, yang mempunyai kamera 16MP.

LENSA BERKEMBAR PENTING UNTUK HASILKAN GAMBAR ALA DSLR

Sejak syarikat Apple memperkenalkan 'Moda Potret' semasa melancarkan telefon iPhone 7 Plus dan mendakwa kesan 'bokeh' ala kamera profesional DSLR itu dihasilkan oleh lensa kedua telefon tersebut, semakin banyak syarikat menghasilkan modul kamera berkembar untuk telefon bijak, dan memperkukuhkan lagi kepercayaan pada mitos ini.

Namun menurut GadgetNow, ini tidak semestinya benar. Lelaman tersebut juga menukil Google Pixel 2 sebagai satu contoh yang menghasilkan imej serupa tanpa ada lensa kedua kamera.

'AI' BOLEHKAN ANDA PETIK GAMBAR LAGI BAIK

Ciri Kecerdasan Buatan (AI) dalam kamera telefon bijak bukan sesuatu yang baru, namun adakah ia benar-benar mengupayakan pengguna memetik gambar lebih indah? GadgetsNow menolak tanggapan ini.

Ciri AI sejauh ini hanya membantu pengguna menukar moda kamera. Keberkesanan AI sebenarnya terletak pada bagaimana syarikat yang menghasilkan telefon itu menerapkan AI dalam telefon tersebut.

Dalam erti kata lain, ciri AI tidak menjamin gambar yang lebih baik.  

Sumber : Agensi berita/TQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan